Ada apa dengan berat badan? Part 2

Okay, bos aku sudah keluar untuk makan. Aku pun dah makan. Sekarang tersandar dengan kenyangnya. Benarkah berat badan suatu isu yg sensitif?

Adakah insan yg terluka? Adakah?

Aku beranggapan bahawa isu berat badan benar-benar bergantung kepada individu tersebut. Andainya dia dilahirkan sebagai kurus, tak semestinya dia akan selamanya kurus. Namun harus diingat bahawa insan yg dilahirkan kurus boleh menjadi chubby dengan sepantasnya. Aku agak malas untuk menggunakan perkataan 'gemuk' kerana bagi aku perkataan itu tidak secomel 'chubby'.

Tapi tahukah kamu betapa individu yg dilahirkan kurus telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan bentuk badan yg lagi ideal ataupun mantap menurut pandangan mereka?

Aku pernah menjadi sebahagian daripada golongan extreme untuk mendapatkan berat badan yang mantap. Konon-kononnya lah.

Akhirnya, yg terjadi adalah aku telah menjadi seperti mayat hidup dan sekeping papan plywood yg tidak enak untuk dipandang oleh aku sendiri. Teruk juga keadaan aku sendiri, menyesal aku.

Tapi sekarang takda nya lagi aku nak menguruskan lagi atau menurunkan lagi berat badan aku (ya kah eh?) kerana aku telah mendapat berat badan ideal di dalam BMI iaitu Body Measure Index. Namun itu beberapa bulan yg lepas. Sekarang tak tau lah pulak samada berat aku sudah naik kerana aku rasa aku sudah semakin 'chubby'.




----------------
Now playing: Katy Perry - I Kissed a Girl
via FoxyTunes

4 comments:

  1. aku kurus sangat. adakah aku kisah? never. Buat pressure diri sendiri jer

    ReplyDelete
  2. sokong2 kapten (^_^)

    ReplyDelete
  3. kalau tngok dari muka, mmg tak nmpak chubby nya, haha (^_^)

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan