Bila korang sedang bercakap di telefon yang pastinya handset korang, apakah gaya korang? Adakah korang duduk diam? Tak pun jari jemari korang menguit sesuatu?
Pelbagai gaya ada pada setiap orang. Di sekeliling aku ni, gaya yang pastinya semua orang mempunyai persamaan adalah apabila sedang menjawab panggilan, diaorang akan ke hulu kemudian ke hilir. Dah la kat depan aku, nak buat derk pun, terkadang tak terdaya jugak. Pening kepala dibuatnya. Bukannya nak duduk satu tempat. Ni tak, asyik ke pintu. Patah balik ke sofa. Kemudian ke pintu semula. Ke belakang. Ke depan. Adehhhhh. Pelbagai gaya.
Gaya aku pula, kalau bercakap dengan seseorang yang private, biasanya bawah meja lah tempat pilihan aku, haha. Tapi kalau orang perseorangan yang biasa-biasa saja, aku selalunya berenti duduk, berdiri aja untuk memudahkan aku bercakap di telefon. Kan senang kan gaya aku. Haha.
aihh atok kalo private bwah katil
ReplyDeletehakhak
bersembunyi bawah meja ker?
ReplyDeletesy kalu private ckp dlm bantal suda..hahahah
ReplyDeleteklau private, mesti la nak tmpt private. udah namanya private (^_^)
ReplyDelete