Sejarah paling hitam

Kau ni awat takut nak bawak motor?
Malas nak belajar bawak motor eh?

Sepanjang aku hidup, itulah yang aku dengar. Aku sebenarnya fobia bawak motor. Kadang-kadang teringin jugak bawak motor laju-laju macam semua orang. Aku cuma berani menjadi pembonceng setia sahaja. Tapi mengenangkan tahap fobia aku berada di tahap yang agak kronik, aku tak seberapa berani mengambil risiko.

Kisah 14 tahun dahulu masih aku ingat. Zaman kanak-kanak aku yang sepatutnya gembira dicalari oleh sedikit kemalangan ketika aku sedang menunggu kelas Fardhu Ain. Apapun, aku fikir itu semua sedikit sebanyak berpunca daripada kelalaian dan keghairahan aku untuk melintas jalan. Namun, aku memang yakin ketika aku nak melintas jalan menyeberangi jalan untuk ke sekolah semula daripada kedai runcit tiada satu pun kenderaan di sebelah kanan jalan. Tapi sebetulnya, itulah takdir aku.

Aku dilanggar oleh sebuah motor yang ditunggangi oleh sepasang suami isteri dan seorang anak kecil mereka. Orang sekeliling kata aku pengsan dan muntah darah. Aku memang tak dapat nak gambarkan keadaan tu. Sekelip mata semua berlaku. Yang pasti aku rasa gelap seketika dunia. Bila bangun, jangan katakan darah, aku rasa macam badan aku semuanya okay ja. Tapi aku dibawa juga ke hospital untuk pemeriksaan. Malang lagi buat aku. Oleh kerana baju sekolah aku koyak, aku disuruh menanggalkan baju sekolah tu untuk pakai pakaian hospital. Sebenarnya, ketika ini lah bencana menimpa. Tulang rusuk aku di bahu patah...Allah Maha Mengetahui. Memang ketika tu aku tak mempunyai perasaan sedih seperti aku menaip sekarang. Mungkin tempat patah tu takkan teruk kalau aku tak tanggalkan baju sekolah kan.....

Aku tak dimasukkan ke dalam wad pun walaupun aku patah tulang rusuk kat bahu. Ini semua disebabkan ustaz kat sekolah. Mentang-mentang lah suami isteri tu adik-beradik dia, aku jadi mangsa aniaya. Aku dengar 2 tahun lepas, si isteri tu hilang daya upaya kat badan dia. Wallahualam apa sebabnya. Aku serahkan pada Allah segalanya.

Tapi tiada kaedah yang paling azab selain tangan aku direnjat oleh tok bomoh untuk memperbetulkan tulang rusuk kat bahu tu ke tempat asal. Ketika ni memang aku menangis sesungguh hati. Aku dah takda rasa malu walaupun pada anak-anak tok bomoh tu.

Mengenangkan hampir setahun aku terlentang di atas tilam, tangan kanan berbungkus, hilang anugerah Allah sebentar. Persekolahan aku tergantung. Setiap hari aku makan sup gamat. Mak mesti akan bagi nasihat setiap kali nak makan sup gamat, "memang rasanya tak sedap tapi tempat patah tu akan cepat sembuh"

Sekarang pun, bila aku teringat kisah tu terutamanya bila aku balik ke Sik, aku memang rasa fobia semacam kat tangan sebelah kanan aku. Dan kesan kecacatan tulang rusuk bahu aku masih ada. Berbonjol di tulang rusuk bahu tu. Aku takkan lupa kisah hitam ni setiap kali aku tengok benjolan sebelah kanan tu.

17 comments:

  1. Siapa yang bawak pergi jumpe tok bomoh?

    ReplyDelete
  2. masa tu parents dh smpai dah kt hospital. ada org tlong antar kan kami. tok bomoh tu pn ada dkt2 jgk ngn area hospital

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya segala dugaan yang menimpa hanyalah kerana Allah sangat menyayangi hambanya..

    Sesungguhnya..kalau nak hilangkan fobia..hanyalah dengan menghadapinya..

    pesanan ikhlas dari TurT!3

    ReplyDelete
  4. uish x kn staun tlentang kat tilam x bwat pape?
    btol ke?

    ReplyDelete
  5. sian Nazra.. tapi skang bahagian tu dah tak sakit lagi kan.. sian die :(

    ReplyDelete
  6. tak dapat ku bayangkan kesakitan mu itu.

    p/s: zaidon seorang yang sungguh caring. saperlah yg bertuah ni

    ReplyDelete
  7. ala sng je nk ilang fobia..
    bwk moto max speed..

    ReplyDelete
  8. fobia tu akan hilanh jika kita lawan balik....macam umie fobia ngan keta ..lani dah jauh perjalanan ...cubalah...jangan takut pada kegagalan yang lepas....

    ReplyDelete
  9. atok - kenapa? tak percaya kah +_+

    zaidon - makasih prihatin ^_^

    kapten - berat kamu memandang kisah aku #_#

    nasri - itu mcm nak menempah tiket maut $_$

    umie - insyaAllah, naz masih mencari keberanian ^_^

    ReplyDelete
  10. Tragik sungguh kisah Naz...memang la boleh fobia pun.. tapi lawan la ketakutan itu.. InsyaAllah boleh.

    ReplyDelete
  11. eh bleh pny ilang fobia..
    sy dlu bwk moto max speed pstu lnggar blkang lori..
    lps kejadian tu, fobia gk bwk moto tp kjp je..pstu bwk je moto max speed..hehe

    ReplyDelete
  12. nasri - kes parah jgk tu ^_^

    ReplyDelete
  13. uih sik?? mana?? batu lima??

    ReplyDelete
  14. dh - a'ah sik. area sekolah rendah sik. awat?

    ReplyDelete
  15. laaa situ ka..dulu masa umo sebulan penah tinggal kat batu lima sik tuh...parent ada kedai hardware kejap kat situ....depan simpang kat depan kedai cat tuh..:D :D

    ReplyDelete
  16. haaaaaaaaaaaaa tau2. tp skang batu lima dh brubah dh. ada bangunan baru di bina, jln raya pn dh baru, kedai2 apek pn suma dh brubah dh kt area simpang tu

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan