Prettttttttttttt

Apakah itu?
Kentut?
Adakah kentut aku?
Atau orang lain?

Bukan.
Semua bukan.
Usah bertanya-tanya lagi.

Itu adalah bunyi wisel penamat pada
personaliti, diri, minda aku agar berhenti
dan
keluar dari 'padang' suasana kerja yang keadaannya macam aram dajah.
Penuh tipu muslihat.
Terpaksa berpura-pura.

Aku terpaksa menjadikan aram dajah itu sebegitu istimewa
kerana
aku tidak ingin di gam kan oleh Perbadanan Tatabahasa Melayu.

Dan aku pun tak ingin menjadi pengguna bahasa kotor.

Sudah!
Pulang saja.
Melayan ikan emas bernama Buntat, Buntal, Busuk, Kotor milik mereka itu saja.

Atau

menyaksikan saja peti yang berkuasa menayangkan kisah dalam kisah mengenai manusia yang tiada kesudahan.

7 comments:

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan