Nak apa?

Apa aku nak dalam hidup ni?
Apa pulak korang nak dalam hidup ni?

Mesti memacam korang nak. Aku pun sama. Kalau boleh, suma benda dalam dunia ni aku nak. Serius.

Tapi nasib baik aku masih boleh berfikiran waras, apa halnya suma benda aku boleh dapat kan. Mesti lah ada sesuatu pengorbanan untuk aku hargai apa yang telah aku dapat.

Dulu dan sekarang, aku masih lagi memikirkan cara untuk rompak bank. Serius nih. Entah bila lah nak berjaya. Tapi takut jugak, kang ada bank yang berjaya dirompak tetiba nama 'Umi Nazrah' wujud kat seantero Malaya kerana aku pernah promosi untuk merompak bank di YM aku sejak setahun yang lepas dan sekarang masih lagi berlangsung dari mulut aku ni.

:sweet_12:

Bila aku bagitau Cik Rain, dia termangu ja. Mesti dia pikir apa kejadah la pompuan ni nak rompak bank. Nak merasa hidup dalam lokap ka. Mesti macam tu kan Cik Rain. Kan....

Okay, apa bestnya kalau dapat rompak bank? Best oooooooo. Dapat duit banyak. Boleh terus beli rumah. Boleh beli tanah banyak-banyak. Sekarang pun adik beradik sebelah ayah aku asyik dok jual tanah ja. Tak sedar ka bukan senang di kemudian hari bila takda aset tetap. Tak paham aku.

Tapi kan pastu bila aku beli tanah banyak-banyak tu, mesti mak aku akan ketuk-ketuk kepala aku dengan gunting jahit dia. Mesti dia heran aku keja apa yang gabak sampai dapat duit yang tersangat ribu-riban membara macam tu. Tak ka haram macam tu kan. Ish.......

Tapi lagi, nak buat macam mana. Aku manusia. Nak yang macam-macam. Melampau-melampau kehendak kehidupan. Semuanya mendesak-desak aku.



Tapi kan, bila la aku nak rompak ni?????


----------------
Now playing: d'Masiv - Diantara Kalian
via FoxyTunes

8 comments:

  1. marilah merompak bank..haha
    dpt duit boleh kwin..haha

    ReplyDelete
  2. tau xpa. byk lak tu duit nya (^_^)

    ReplyDelete
  3. mak atok kate rompak hukumnya dose. ;P

    ReplyDelete
  4. huhu... kalo tak rompak pon still nak macam2 gak...

    godaan nafsu sungguh...

    ReplyDelete
  5. haha nk join leh?? aku pn dok pkiaq gak cara ni klu nk cepat kaya..

    ReplyDelete
  6. kalau ko masuk lokap jangan lupa transfer sikit harta ko ek sama kapten

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan