Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan

Dulu Eida pernah buat entri mengenai Lelaki berpayung ini diblognya. Aku tak kisah sangat bila lelaki gunakan payung. Normal la tu. Seperti mana sekarang dah ramai lelaki yang pakai t-shirt berwarna pink. Bagi aku, tu boleh diterima selagi warna pink yang dipakai tu adalah warna pink lembut. Sangat maskulin.

Ok, itu kisah lelaki dan payung. Macam mana pula dengan kisah perempuan dan baju hujan? Korang pernah tau yang ada sesetengah perempuan ni rela basah masa diaorang naik motosikal daripada diaorang kena pakai baju hujan? Jadi mana satu yang pelik?

Aku rasa heran jugak. Dah dicipta baju hujan untuk kesenangan bersama, sepatutnya gunakanlah. Memang la warna baju hujan yang kuning tu agak menarik perhatian ala-ala kostum DiGi tapi itu lebih baik daripada basah teruk. Takkan nak lepak lama-lama bawah jambatan.

Lain la kalau ada kereta, memang tak payah nak risau pasal basah-basah kena air hujan ni.

Continue Reading

Sumpah Bunian Dasar Laut.

Sudah hampir seminggu rasanya alergik seafood ni membuatkan aku merana. Tiap-tiap malam buta mesti terjaga dari tidur dan sedar-sedar dah berpijat tangan kena garu dek kuku sendiri. Untungnya orang yang dapat menikmati seafood dengan semudahnya sedangkan aku terpaksa tunggu sampai teringin yang amat sangat baru dapat makan seafood. Lepas tu, aku sendiri tanggung sakit macam sekarang. Padan muka. 

Ini tweet semalam bila mana aku hanya dapat tidur untuk tempoh 2 jam saja sebelum tangan mula rasa gatal.

sumpah bunian dasar laut Sampai nak update blog pun rasa malas...DSC01830
Continue Reading

Apabila mak suruh cari calon suami.

Cuti sehari yang sangat membekukan otak. Apatah lagi ditambah dengan ayat yang keluar daripada mulut mak bila mana aku telefon dia untuk tanya khabar sebab cuti Ahad semalam aku tak balik kampung. Aku terus kelu dan tak ada jawapan melainkan ketawa yang dibuat-buat untuk sejukkan hati mak dan hati aku sendiri. Aku pun tak pasti samada ketawa tu dapat sejukkan hati mak atau pun tak. Memang ayat mak yang satu tu diyakini membuatkan semangat aku boleh down atau pun hancur untuk seminggu ni dan boleh juga berterusan untuk minggu-minggu yang mendatang.

Hang cari la lelaki yang boleh dibuat calon laki(suami), Umi.

Dah la cuti Raya Haji hujung minggu ni ni 3 hari aku balik kampung, aku rasa macam lama ja nak mengadap mak dan berdebar-debar samada mak akan tanya mengenai perkara tu lagi atau pun mak akan diam membisu konon-konon takda apa pun yang berlaku.

Kalau aku kahwin dengan ex aku macam kat dalam post Pengantin itu bukan aku.. mesti mak aku takkan kasi ayat makan dalam. Sigh. Jodoh oh jodoh....bosan betoi..

Tak sampai hati pulak aku nak cakap kat mak

Kalau kak boleh ada kereta Myvi SE dan rumah sendiri, kak tak kahwin pun tak apa mak. Cuma mak ja la yang kisah. Kan?

Aku rasa boleh mati sakit jantung mak aku nanti...

Pic : http://hasbifelix.fotopages.com/

Continue Reading

Dah ada cinema kat Kulim, weh!!!!

Perhatian untuk orang-orang daerah Kulim, lepas ni korang tak payah nak susah-susah dating sampai ke Penang atau pun tempat lain untuk tengok movie lagi dah sebab di Giant Kulim amnya dan Landmark Central, khususnya, sudah disediakan panggung wayang untuk warga kota Kulim. Wah pasti penuh cinema tu dengan bebudak Poli Kulim dan juga UniKL mahu pun penduduk asal Kulim.

Maju setapak ke hadapan lagi la daerah terpencil Kulim macam ni. Takda la aku nak panggil Kulim sebagai pekan koboi lagi lepas ni...

cinema kulim 1 cinema kulim 2

Kat atas tu adalah free movie pass yang aku dapat kat dalam peti surat office tadi. Sayangnya 27hb nanti aku balik kampung, tak dapat la kalau nak tengok Ninja Assassin free. Tapi tak apa, masih banyak lagi hari-hari mendatang yang boleh terjah cinema baru tu...

  1. Tajuk entri ni hampeh gila.
  2. Ini adalah entri yang dibuat semalam 21hb Nov. 2009 yang dipublishkan pada 22hb Nov. 2009
Continue Reading

Nama saya Rain dan dia Nazra.


Korang masih ingat iklan syampoo jenama Clear yang ada ayat popular ni?

Nama saya Rain

yang pernah hit kat 1Malaysia kita ni dulu? Kalau korang tak ingat, meh sini aku ingatkan korang. Inilah iklan yang pernah ada kat peti televisyen seluruh Malaysia dulu. Perbezaanya video ni dulu diterjemahkan ke Bahasa untuk tontonan rakyat Malaysia.

Kalau korang perasan jugak, header blog ni pun dah ada gambar Rain ni.

bi rain dan nazra

Sebenarnya ini versi original header tu tapi disebabkan height yang kecil, terpaksa la aku hide kan keseluruhan muka aku dan Rain. Macam perasan la pulak aku rasa bila aku buat header ada gambar si Rain ni.

Aku rasa mesti semua orang tahu kan pasal movie terkini Rain berlakon iaitu Ninja Assassin tu kan. Aku pun nak sangat tengok movie ni tapi tak sangka tayangan movie ni tersepit dengan Aidil Adha. Sigh. Kena tengok hari Ahad minggu berikutnya la. (Ahad ja aku cuti)

Jom tengok Ninja Assassin jom.

Big Grin
Continue Reading

Korang reti ke masak kulat sisir?

Kebanyakan blogger akan letak gambar apa yang diaorang makan. Hari ni aku makan..bla..bla..bla..Aku dulu pun ada letak jugak gambar apa yg aku makan. Sekarang aku rasa entri dulu-dulu tak membawa satu makna yang tepat pada blog aku ni. Kebanyakan entri aku dulu pasal makanan makanan makan makanan makanan. Tak habis-habis dengan makan dan makanan. Terbukti aku ni memang suka makan dan suka akan makanan.

Tapi apa yang akan aku tunjuk ni, mesti korang tak pernah masak atau makan. Aku pun tak suka sangat nak masak menu ni cuma aku suka makan ja. Nak masak malas. Aku pernah publish kan entri pasal Kulat Sisir kan? Sebenarnya tajuk yang aku tulis tu silap. Kulat sisir tu bukan dibuat sup sebaliknya digoreng kunyit. Korang ingat daging ja yang boleh dibuat goreng kunyit..

Tajuk entri tu silap sebab aku dah tertukar menu. Sepatutnya kulat lain yang dibuat sup. Kalau orang utara, kulat tu dipanggil kulat ton. Jangan tanya aku nama baku bahasa 1Malaysia dia, aku tak tau.

Berbalik kepada resepi kulat sisir goreng kunyi tu, mesti korang tak pernah menu ni. Jadi meh aku tunjukkan cara-cara nak membuatnya. Tapi maafla gambar kulat sisir yang original tak sempat nak ambil sebab excited sangat nak makan kulat sisir goreng kunyit ni.

DSC01806 DSC01808 DSC01807 DSC01809 DSC01810

Korang faham la kot ye cara-cara nak menghasilkan kulat sisir goreng kunyit tu. Senang ja. Lelaki pemalas pun boleh buat...lalalala

Kulat sisir satu ja yang aku malas, masa nak asingkan bendasing dan kulat sisir. Kulat sisir ni kebanyakkannya dijumpai di batang pokok getah yang dah ala-ala reput macam tu. Jadi kena la asingkan bendasing seperti pasir, kulit pokok dan sebagainya. Bahagian tu ja yang aku malas. Kalau bahagian makan, aku rajin la. Eleh korang pun sama jugak kan......

Continue Reading

Syukur ft. Alhamdulillah

Eh tak, bukan. Tajuk di atas bukan judul lagu terbaru encik @altimet atau pun encik Malique. Sebaliknya tajuk di atas adalah mengenai betapa gembiranya apabila aku dapat dengar lagu Syukur yang ditunggu-tunggu di radio (sebab feeling dengar lagu kat radio ni lain daripada yang dengar kat mp3 player) Xfresh FM dan dapat jumpa kembali handphone aku yang dah hilang selama 6 bulan bila mana lagu tu sedang berkemundang. Jadi sangatlah syukur di dalam alhamdulillah nya. Ye 6 bulan handphone ilang. Sila terkejut. SMS terakhir dalam hp merah ni adalah bertarikh 24hb Mei 2009. Lama sungguh....k660i edit

Pertamanya aku announced kat twitter di mana tweet tersebut adalah seperti di bawah tweet hp hilang Saat tu memang aku sangat terkejut bercampur aduk dengan gembira. Setelah 6 bulan hilang, akhirnya handphone ditemui kat dalam office sendiri. Dah tu terletak elok ja kat dalam fail tebal di kabinet fail. Patut la bila miscall takdanya nak dapat. Kabinet fail punyalah penuh dengan fail.

almari edit

Yang sedihnya, simkad lama yang dibeli tahun 2003 dah tak boleh nak digunakan lagi. Boleh buat kenangan ja la simkad tu.

Photo 0144

Tapi kan....dah jumpa hp lama ni, timbul pula satu masalah. Hp baru yang dibeli bulan puasa lepas, terasa sayang pula kalau tak nak guna. Bak kata tweet aku, tweet hp hilang 2

Tak boleh bagitau kat mak ni kata hp merah yang hilang dulu tu dah dijumpai, kang dia membebel sehari suntuk sebab punca hilang tu atas kelalaian sendiri...isk isk

Continue Reading

Tika zaman kuliah menggamit diri...

Tajuk entri macam pasrah ja kan. Sebenarnya bukan pasrah, cuma aku merasa rindu ja dengan zaman belajar. Lagipun sekarang dok dengar adik-adik tweet dan buat entri pasal final exam, aku pun kembalilah merindu zaman kuliah dulu.

Sebenarnya idea ni datang sebab sekarang aku bergelumang dengan paper agreement dan kotak-kotak A4. Itulah yang mengembalikan aku ke zaman kuliah dulu. Zaman dulu kan bergelumang dengan paper jugak. Tambahan lagi ketika sedang buat Final Year Project, lagi la terasa bergelumang dengan paper A4 tu. Kertas pulak guna kertas Double A lagi...

Ada banyak alasan yang selalunya diberikan bila assignment atau pun task yang tak dapat nak disiapkan oleh student kan. Mesti korang pun perasan. Aku rasa kan kalau alasan yang aku fikirkan ni diberikan kepada pensyarah, mau diketuk kepala student tu. Atau pun mau dipotong carry mark yang sangat penting tu.

Bayangkan kalau student kasi alasan

HP saya jatuh kat dalam mangkuk tandas la. Tak dapat la saya nak call atau pun SMS tanya member-member saya pasal due date nak hantar assignment ni.

atau pun

Saya guna portable MS Office la. Pendrive saya hilang jadi tak dapat la saya nak sambung buat assignment saya.

Aku rasa kalau aku jadi lecturer, mau nya aku suruh dia berenti tak payah belajar. Kasi alasan yang tak munasabah tapi nasib baik jugak aku takda jadi lecturer, kalau tak mau nya aku ketuk kepala student macam tu. Susah jugak kan kehidupan lecturer, bila bergelumang dengan kertas yang berkotak-kotak ni mula la aku rasa kesian kat lecturer.

Sudah dua hari aku bergelumang dengan kertas agreement dan kotak A4 tapi rasa bersalah sebab tak update blog ni tetap terbit dalam hati. Macam mana pun, waktu lunch satu jam harus dipergunakan dengan berkesannya pada waktu puncak ni. Kalau tidak, sunyi sepi lah blog ni tanpa post. Jadi dengan semangat yang kental, aku korbankan seketika waktu rehat yang sangat padat ni dengan memaksa semua kesepuluh jari jemari aku meniti papan keyboard dan menaip dengan pantas. Aku patut ambil ujian kepantasan menaip, aku nak tahu jugak berapa masa yang dicatat apabila aku menaip.

Inilah entri yang dibuat dengan hati yang tak tenang. Tergopoh-gopoh nak siapkan dalam masa sejam rehat ini.

Pic : phwit

Continue Reading

Siapa sebenarnya Nazra ni?

Korang semua di alam maya ni mesti tak ada yang mengenali Nazra dengan sebaik mungkin. Sebenarnya aku pun tak pasti nak kasi korang tau maklumat yang macam mana sebab kadang-kadang aku pun tak tau jugak pasal diri sendiri. (Aiyak!) hahaks111

Aku pun kalau boleh nak low profile je, ye ler kan orang-orang selalu kata kalau high profile pun, bukannya ko untung menda...tu depa yang kata

Jadi dengan tidak membuang masa, sila lah melayari nota kecil mengenai Nazra di click

Sebarang persoalan lain tidak akan dilayan mahu pun disuap makan laksa @ tomyam. Sekian, terima kasih.

Pic click: navin_ky

Continue Reading

Gothic? Saya tak ada kaitan.

Saya tak tahu pun apa itu gothic. Bila saya tanya Pakcik Google, maka Pakcik Google pun mula berkata-kata mengenai Gothic tu.....panjang jugak penerangan Pakcik Google, jadi saya pun rasa malas nak membuat rumusan. Awak semua boleh lah tanya Pakcik Google sendiri ye.

 supperkawaiialien

Apa yang ingin saya tegaskan kat sini, saya sendiri sebenarnya tak tahu kenapa orang kaitkan Gothic dengan saya. Saya cuma suka memakai eye shadow berwarna hitam di mata saya. Itu sahaja. Lagipun saya tak nak digelar budak perempuan Gothic , nanti ayah saya halau saya keluar rumah. Tak ada la tempat untuk saya tidur.

Mungkin awak semua keliru bila melihat eye shadow saya yang hitam gelap tu padahal saya sebenarnya nak buat gaya smokey eyes. Disebabkan saya tak berjaya membuat gaya mekap tersebut, maka awak semua terus menganggap saya adalah budak perempuan Gothic .

Sekian. Saya bukan budak perempuan Gothic .

Amat janggal bila aku menggunakan kata nama saya tapi itu diharuskan. Kalau kata nama aku digunakan, penegasan saya tu tak muncul.

Pic : AngelinaAtelophobiaArt, Kasekase14311 dan SexyNujitsu.

Continue Reading

Gadis bertudung putih.

Sesiapa tau lagu tajuk tu? Itulah lagu daripada kumpulan rock kapak dahulu kala. Kaitannya lagu tu dengan aku adalah apabila aku pernah dapat title ‘Gadis Bertudung Putih’ tu suatu masa yang dahulu. Aku akui kebanyakan gambar yang aku publish di laman sosial kebanyakannya adalah dengan memakai tudung berwarna putih. Aku bertambah-tambah sedar lagi bila dapat tweet ni 51st date tweet

Aku sebenarnya bukan tak ada tudung lain tapi mungkin disebabkan kebetulan, kebanyakan tudung yang aku pakai dan snap picture kebanyakannya berwarna putih. Kalau tak putih, mesti warna tudung tu hitam. Kalau warna lain tu, amatlah jarang…

tudung nazra

Aku pernah dapat lagu 'Gadis Bertudung Hitam' ni kat satu forum malah bukan setakat tu, aku pun pernah dikutuk sebab asyik-asyik gambar tudung yang sama kat forum tu. Hal ni dah lama berlaku. Tak silap aku tahun 2008 kot. Memang aku dah tak ingat dah tapi bila dapat tweet seperti di atas tu, buat aku teringat pada kes lama kat forum tu. Alahai. Isu warna tudung pun boleh wujud. Ye tak...

Bagi yang nak melayan lagu tu, sila dengar lagu tersebut seperti di bawah.

Continue Reading

Apabila ilmu hitam menjadi penyelesaian.

Mungkin ada yang menyangka di zaman yang moden sekarang ilmu hitam atau pun sebarang bentuk sihir sudah tidak digunakan lagi. Namun cuti hari Ahad yang lepas bila aku balik ke kampung dan mendengar sendiri cerita daripada mulut emak, aku pun terkejut. Rupa-rupanya selama ni bila aku telefon emak, dia tak nak cerita hal sebenar yang berlaku kat rumah.

Cerita ni berkisarkan kepada keluarga adik-beradik mak. Akibat dengki dan juga busuk hati, keluarga maksu dan cucunya yang menerima nasib. Sudahlah dikacau tiap-tiap malam, siang hari pun diganggu dengan bayangan di rumah mereka. Aku dapat terima kalau yang melakukan kerja hitam ni adalah orang asing tapi apabila melibatkan sepupu aku sendiri, memang itu sudah tak boleh diterima akal.

Hanya kerana tanah yang sekangkang kera, perebutan nama berleretan hingga ada yang sanggup membuang saka dan benda peliharaan mereka di rumah maksu menyebabkan 3 hari 3 malam maksu tak dapat nak tidur. Termasuklah cucu maksu yang umurnya baru 1 tahun yang semestinya dapat nampak apa yang maksu tak dapat nak nampak.

Hari raya ketiga dulu aku, mak dan adik ada balik beraya di rumah maksu. Waktu tu rupanya 'hantaran ilmu hitam' sepupu aku dilonggok-longgok dihantar ke rumah maksu. Patutla emak tak larat sangat sampaikan nak pergi beraya pun lemah ja badan dia. Tempias 'hantaran ilmu hitam' terkena pada mak sikit. Bila mak balik ke Sik, ada yang menegur mak nampak tak sihat sangat jadi bila mak dapatkan bantuan, tahulah keseluruhan ceritanya. Aku pun hanya berani balik ke rumah mak kat Sik ja, nak balik ke rumah maksu kat Kuala Ketil aku pun tak berani.

Tak faham aku dengan masyarakat Melayu dan adik-beradik sepupu aku ni, macam la tak ada jalan penyelesaian yang boleh di ambil.

Continue Reading

Besar punya kau punya?!

Aku tau la aset kau tu berharga tapi boleh tak kalau kau tak payah nak mengada-ngada perasan yang aset kau tu sangat besar. Ish tak faham aku dengan perempuan yang perasan aset dia konon-konon besar. Dah la tu, depan aku yang perempuan ni pun hegeh-hegeh menongkah dada untuk tayang aset sendiri. Hey, aku bukan lesbian lah. Tak payah nak tayang-tayang. Ini besar disebabkan baju dalam engkau aja pun.....

Sigh. Itulah, kan dah keluar satu isu. Aku pun tak ingin nak ambil berat pasal aset perempuan ni. Tapi kes semalam di Pasar Malam Taman Selasih, Kulim memang boleh buat aku bengang. Seorang perempuan dengan 2 orang konco-konconya berselisih dengan aku dan housemate(officemate). Sudahlah hampir nak berlanggar dengan kami, sempat lagi menongkah dada dan menaikkan bonjolan asetnya. Aduhai...apa kejadah motif kau tu?

Kalau ya pun nak bangga ada aset (walaupun yang tak seberapa besar), buat aja la kat lelaki. Itu pun aku rasa tak ramai lelaki yang teringin sangat nak tengok. Kalau ramai lelaki yang nak sangat tengok, kau memang patut berbangga..

big_boobs

Continue Reading

Kenapa tarian di tepi jalan menjadi pilihan?

Aku akui aku budak kampung yang semestinya akan jadi cuak bercampur hairan bila tengok ada boys atau pun girls yang sedang menari di tepi-tepi jalan dengan keadaan orang ramai lalu lalang. Aku pelik juga, aku rasa ada kebanyakan budak-budak yang sedang menari dengan asyik tu mungkin kebanyakannya adalah anak orang yang berharta jadi tak bolehkah mereka mencari suatu tempat yang sesuai untuk mereka menari?

Atau tarian di tepi jalan tu lebih sesuai sebagai platform mereka untuk menarik minat orang lain dan menegakkan kenyataan bahawa

ini apa yang saya suka dan saya bebas melakukannya?

Atau mungkin kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk mempersembahkan tarian yang diminati oleh belia 1Malaysia?

Aku bukan nak mengundang marah mana-mana pihak tapi rasanya lebih sesuai kalau tarian tak dilakukan di tepi jalan. Bagi aku tarian di tepi jalan seolah-olah muzik dan tarian tu telah diletakkan di satu tempat yang rendah. Bukan menghina penari atau pun penyanyi di jalanan, kadang-kadang ada juga antara mereka yang hebat. Cumanya aku rasa lebih manis andai ada suatu tempat yang direka khusus untuk pencinta seni tarian seperti ini

Kalau bolasepak yang sepatutnya menggunakan padang bola yang besar dapat dibawa ke gelanggang futsal yang compact, selesa dan sedap mata memandang, tak salah andainya tarian di tepi jalan pun boleh dibawa ke suatu tempat yang sesuai. Dewan tarian yang dapat menampung tarian shuffle jugak, mungkin.....

Tarian yang girls di atas persembahkan adalah daripada boyband Korea iaitu 2PM.2PM boyband Korea

Apa-apapun check out website peminat boyband 2PM di Malaysia ini http://myhottest2pm.com/2pm Korea

Continue Reading

Sup kulat sisir yang sedap.

Sejuk betul hari ini. Hujan turun dari awal pagi lagi. Bangun tadi pun terasa malas. Kalau lah aku ni CEO tak apa lah nak bermalas-malasan lagi di atas katil. Ini aku orang biasa, kena lah masuk kerja pada waktunya. Teringat pula, kalau di kampung lepas hujan yang sejuk macam ni, mesti orang kampung dan pasti terutamanya ayah aku akan masuk kat dalam kebun getah belakang rumah cari kulat sisir. Tapi kat kampung aku, kulat ni dipanggil kulat ton. Aku pun tak pasti kenapa kulat tu dipanggil kulat ton tapi memang dari kecik, aku pun panggil nama kulat tu, kulat ton. Kalau sebut kulat sisir kat kampung aku, aku rasa mesti tak ada siapa kat sana yang faham.

kulat sisir

Kulat ni bila ayah bawa balik, mak akan bersihkan kemudian akan dibuat sup dan dicampur dengan daging, memang sangat sedap. Selain dapat memanaskan badan di waktu hujan ni, sangat sedap dimakan dihirup begitu saja. Aduh, rindunya nak hirup sup ni sambil menghayati air hujan yang turun kat luar pintu dapur.

Smile


View My House in a larger map

Continue Reading

Aku cuma suka kereta kau.

Mungkin korang ada perasan sesetengah lelaki ada modified kereta diaorang sampai dah jadi yang memang layak ditenung atau ditatap lama-lama. Aku suka jugak tengok, pandang, usha, tatap lama-lama sambil berangan kalau lah kereta tu jadi kereta aku, mesti best. Dah la cantik selepas dimodified, siapa yang tak nak pandang, tatap lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau kereta pink kat atas tu.

Cuma lelaki ni satu yang aku paling tak suka adalah bila ada yang cepat perasan. Tau la kereta kau tu cantik, cun, lawa tapi jangan la perasan sangat bila dah orang pandang kereta kau tu lama-lama. Aduhai. Aku pun tak nak kasi kau perasan tapi dah kereta tu memang cantik, aku pandang la, hehe.

Tapi tak apa, aku paham. Kalau aku pun, mesti aku bangga gila bila orang pandang kereta aku lama-lama. Owh. Best ja rasa. Berbunga kembang seri pagi ja hati ni.

Tapi aku belum ada kereta lagi. Jadi tak dapat lagi la nak merenyam dengan kereta cantik....

Crying

Flickr Tags:
Continue Reading

It is 1980's. Again.

Pada sesiapa yang ada Twitter dan lahir pada tahun 1980, sama ada korang perasan dengan sengaja atau pun secara tak sengaja, ada trending topics #80skids yang telah diwujudkan oleh Josh Lim

 josh lim twitter

Naz perasan pasal trending topic #80skids tu pun pasal tweet itulah. Siapa lah tak ingat kat Tora. Memang tak boleh lupa. Kecik-kecik dulu selalu beli. Mainan pulak memacam style ada kt dalam kotak tu.

Ditambah lagi dengan tweet ini,

 oh tweet twitter

lagi la teringat kat zaman 1980. Zaman kegilaan Sailor Moon jugak tu.

Jadi lebih baik bagi korang yang belum ada akaun Twitter, cepat-cepat la sign up. Boleh la korang layang trending topics #80skids ni.

Tersangat lah banyak tweet yang boleh dibaca pasal kenangan zaman 1980-an.

zas ishak twitter superredpatek twitter
Continue Reading

It's over now.

Macam mana kita nak katakan ayat

Kita dah tak ada apa-apa.

pada seseorang yang kita dah tak ada apa-apa hubungan melainkan kawan semata-mata? Memang senang. Cuma sebutkan 5 perkataan tersebut kat depan orang tu tapi macam mana kalau orang tu tak faham-faham juga? Atau sengaja buat tak faham?

Walaupun kita dah berusaha tak reply SMS orang tu dengan niat yang disengajakan agar dapat menjauhkan diri daripada orang tu tapi masih tak berjaya. Orang tu tetap tak faham-faham. Aduh susahnya hidup sebagai orang yang lemah berhati lembut macam aku ni....(perasan la pulak)

Mungkin tu lah akibatnya wujud satu pepatah iaitu

seorang kekasih boleh menjadi kawan tapi seorang kawan kadang-kadang tak boleh menjadi kekasih.

Ini la akibatnya bila seorang kawan pernah menjadi kekasih. Kan dah susah nak menjauhkan diri daripada kawan sendiri. Aku tak mengharapkan hubungan kawan tu putus cumanya perjalanan perhubungan sesama kawan tu haruslah berjalan sepertinya juga 'kawan'.

Pic : http://rlv.zcache.com

Continue Reading

Mana satu Lisa Surihani, mana satu Memey?

Pada pendapat aku kalau aku lelaki, mesti aku dapat cam mana satu Lisa Surihani, mana satu Memey Suhaiza. Lelaki mesti expert punya untuk mengenali wajah-wajah antara dua insan ni. Aku selalunya fail untuk mengecam Lisa Surihani mahu pun Memey. Malah iklan Lips Ice yang dijayakan oleh Lisa Surihani itu pun, mula-mula aku ingat Memey. Hinggakan sampai sekarang pun aku masih tak pandai membezakan wajah antara kedua-dua insan ni tapi aku rasa tu tak penting pun, haha.

Cuma pastinya bila aku sebut

Eh lawanya Lisa Surihani dalam iklan tu...

nanti mesti ada yang akan perbetulkan

Tu Memey lah.

Aiyak..haha

Lisa Surihani vs Memey

Kalau tengok kat sini, memang ada iras Memey masa dia keluar dari Mahkamah

(Gambar) Lisa Surihani Bertudung Ada Iras Memey Suhaiza

Jadi sesiapa ada petua untuk membezakan mana satu Lisa Surihani, mana satu Memey? Open-mouthed

Continue Reading

I like the blog owner instead.

Sesetengah orang mempunyai perilaku mahu pun pemikiran yang kadang-kadang kita fikir sangat mustahil untuk wujud tapi ia ada wujud pada diri orang tersebut. Pernahkah korang terserempak atau pun terjumpa dengan individu yang hanya hang out, memberi komen dan segalanya dengan penuh minat di blog tu hanya kerana meminati tuan punya blog?

Kalau ada wujud, tak sangka minda cetek masih ada pada rakyat 1 Malaysia. Hanya semata-mata kerana minat, suka dan sebagainya pada seseorang, lain pula yang jadinya. Entah-entah ada yang sanggup berusaha nak dapatkan blogger tu.

Pada Naz, apa yang boleh disukai hanyalah tulisan seseorang blogger, cara penyampaian isinya dengan idea yang tersendiri dan bagaimana dia menghargai pembaca, stalker mahu pun pelawat blognya. Itu baru boleh disukai. Tapi itu bukan syarat untuk menyukai tuan punya blog. Tapi lagi kalau sudah jodoh, itu kuasa Yang Maha Esa. Boleh jemput para blogger Malaysia ke kenduri kahwin. Meriah suasana kenduri kahwin nanti, huhuhu...

Blog - Tempat untuk mendapatkan pujian mahu pun cacian.



Haha rasa macam tak boleh blah pulak slogan yang aku buat tu.
Continue Reading