Sabtu, November 07, 2009

Kenapa tarian di tepi jalan menjadi pilihan?

Aku akui aku budak kampung yang semestinya akan jadi cuak bercampur hairan bila tengok ada boys atau pun girls yang sedang menari di tepi-tepi jalan dengan keadaan orang ramai lalu lalang. Aku pelik juga, aku rasa ada kebanyakan budak-budak yang sedang menari dengan asyik tu mungkin kebanyakannya adalah anak orang yang berharta jadi tak bolehkah mereka mencari suatu tempat yang sesuai untuk mereka menari?

Atau tarian di tepi jalan tu lebih sesuai sebagai platform mereka untuk menarik minat orang lain dan menegakkan kenyataan bahawa

ini apa yang saya suka dan saya bebas melakukannya?

Atau mungkin kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk mempersembahkan tarian yang diminati oleh belia 1Malaysia?

Aku bukan nak mengundang marah mana-mana pihak tapi rasanya lebih sesuai kalau tarian tak dilakukan di tepi jalan. Bagi aku tarian di tepi jalan seolah-olah muzik dan tarian tu telah diletakkan di satu tempat yang rendah. Bukan menghina penari atau pun penyanyi di jalanan, kadang-kadang ada juga antara mereka yang hebat. Cumanya aku rasa lebih manis andai ada suatu tempat yang direka khusus untuk pencinta seni tarian seperti ini

Kalau bolasepak yang sepatutnya menggunakan padang bola yang besar dapat dibawa ke gelanggang futsal yang compact, selesa dan sedap mata memandang, tak salah andainya tarian di tepi jalan pun boleh dibawa ke suatu tempat yang sesuai. Dewan tarian yang dapat menampung tarian shuffle jugak, mungkin.....

Tarian yang girls di atas persembahkan adalah daripada boyband Korea iaitu 2PM.2PM boyband Korea

Apa-apapun check out website peminat boyband 2PM di Malaysia ini http://myhottest2pm.com/2pm Korea

Baca Selanjutnya - Kenapa tarian di tepi jalan menjadi pilihan?
Khamis, November 05, 2009

Sup kulat sisir yang sedap.

Sejuk betul hari ini. Hujan turun dari awal pagi lagi. Bangun tadi pun terasa malas. Kalau lah aku ni CEO tak apa lah nak bermalas-malasan lagi di atas katil. Ini aku orang biasa, kena lah masuk kerja pada waktunya. Teringat pula, kalau di kampung lepas hujan yang sejuk macam ni, mesti orang kampung dan pasti terutamanya ayah aku akan masuk kat dalam kebun getah belakang rumah cari kulat sisir. Tapi kat kampung aku, kulat ni dipanggil kulat ton. Aku pun tak pasti kenapa kulat tu dipanggil kulat ton tapi memang dari kecik, aku pun panggil nama kulat tu, kulat ton. Kalau sebut kulat sisir kat kampung aku, aku rasa mesti tak ada siapa kat sana yang faham.

kulat sisir

Kulat ni bila ayah bawa balik, mak akan bersihkan kemudian akan dibuat sup dan dicampur dengan daging, memang sangat sedap. Selain dapat memanaskan badan di waktu hujan ni, sangat sedap dimakan dihirup begitu saja. Aduh, rindunya nak hirup sup ni sambil menghayati air hujan yang turun kat luar pintu dapur.

Smile


View My House in a larger map

Baca Selanjutnya - Sup kulat sisir yang sedap.
Rabu, November 04, 2009

Aku cuma suka kereta kau.

Mungkin korang ada perasan sesetengah lelaki ada modified kereta diaorang sampai dah jadi yang memang layak ditenung atau ditatap lama-lama. Aku suka jugak tengok, pandang, usha, tatap lama-lama sambil berangan kalau lah kereta tu jadi kereta aku, mesti best. Dah la cantik selepas dimodified, siapa yang tak nak pandang, tatap lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau kereta pink kat atas tu.

Cuma lelaki ni satu yang aku paling tak suka adalah bila ada yang cepat perasan. Tau la kereta kau tu cantik, cun, lawa tapi jangan la perasan sangat bila dah orang pandang kereta kau tu lama-lama. Aduhai. Aku pun tak nak kasi kau perasan tapi dah kereta tu memang cantik, aku pandang la, hehe.

Tapi tak apa, aku paham. Kalau aku pun, mesti aku bangga gila bila orang pandang kereta aku lama-lama. Owh. Best ja rasa. Berbunga kembang seri pagi ja hati ni.

Tapi aku belum ada kereta lagi. Jadi tak dapat lagi la nak merenyam dengan kereta cantik....

Crying

Flickr Tags:
Baca Selanjutnya - Aku cuma suka kereta kau.
Selasa, November 03, 2009

It is 1980's. Again.

Pada sesiapa yang ada Twitter dan lahir pada tahun 1980, sama ada korang perasan dengan sengaja atau pun secara tak sengaja, ada trending topics #80skids yang telah diwujudkan oleh Josh Lim

 josh lim twitter

Naz perasan pasal trending topic #80skids tu pun pasal tweet itulah. Siapa lah tak ingat kat Tora. Memang tak boleh lupa. Kecik-kecik dulu selalu beli. Mainan pulak memacam style ada kt dalam kotak tu.

Ditambah lagi dengan tweet ini,

 oh tweet twitter

lagi la teringat kat zaman 1980. Zaman kegilaan Sailor Moon jugak tu.

Jadi lebih baik bagi korang yang belum ada akaun Twitter, cepat-cepat la sign up. Boleh la korang layang trending topics #80skids ni.

Tersangat lah banyak tweet yang boleh dibaca pasal kenangan zaman 1980-an.

zas ishak twitter superredpatek twitter
Baca Selanjutnya - It is 1980's. Again.
Selasa, November 03, 2009

It's over now.

Macam mana kita nak katakan ayat

Kita dah tak ada apa-apa.

pada seseorang yang kita dah tak ada apa-apa hubungan melainkan kawan semata-mata? Memang senang. Cuma sebutkan 5 perkataan tersebut kat depan orang tu tapi macam mana kalau orang tu tak faham-faham juga? Atau sengaja buat tak faham?

Walaupun kita dah berusaha tak reply SMS orang tu dengan niat yang disengajakan agar dapat menjauhkan diri daripada orang tu tapi masih tak berjaya. Orang tu tetap tak faham-faham. Aduh susahnya hidup sebagai orang yang lemah berhati lembut macam aku ni....(perasan la pulak)

Mungkin tu lah akibatnya wujud satu pepatah iaitu

seorang kekasih boleh menjadi kawan tapi seorang kawan kadang-kadang tak boleh menjadi kekasih.

Ini la akibatnya bila seorang kawan pernah menjadi kekasih. Kan dah susah nak menjauhkan diri daripada kawan sendiri. Aku tak mengharapkan hubungan kawan tu putus cumanya perjalanan perhubungan sesama kawan tu haruslah berjalan sepertinya juga 'kawan'.

Pic : http://rlv.zcache.com

Baca Selanjutnya - It's over now.
Ahad, November 01, 2009

Mana satu Lisa Surihani, mana satu Memey?

Pada pendapat aku kalau aku lelaki, mesti aku dapat cam mana satu Lisa Surihani, mana satu Memey Suhaiza. Lelaki mesti expert punya untuk mengenali wajah-wajah antara dua insan ni. Aku selalunya fail untuk mengecam Lisa Surihani mahu pun Memey. Malah iklan Lips Ice yang dijayakan oleh Lisa Surihani itu pun, mula-mula aku ingat Memey. Hinggakan sampai sekarang pun aku masih tak pandai membezakan wajah antara kedua-dua insan ni tapi aku rasa tu tak penting pun, haha.

Cuma pastinya bila aku sebut

Eh lawanya Lisa Surihani dalam iklan tu...

nanti mesti ada yang akan perbetulkan

Tu Memey lah.

Aiyak..haha

Lisa Surihani vs Memey

Kalau tengok kat sini, memang ada iras Memey masa dia keluar dari Mahkamah

(Gambar) Lisa Surihani Bertudung Ada Iras Memey Suhaiza

Jadi sesiapa ada petua untuk membezakan mana satu Lisa Surihani, mana satu Memey? Open-mouthed

Baca Selanjutnya - Mana satu Lisa Surihani, mana satu Memey?
Ahad, November 01, 2009

I like the blog owner instead.

Sesetengah orang mempunyai perilaku mahu pun pemikiran yang kadang-kadang kita fikir sangat mustahil untuk wujud tapi ia ada wujud pada diri orang tersebut. Pernahkah korang terserempak atau pun terjumpa dengan individu yang hanya hang out, memberi komen dan segalanya dengan penuh minat di blog tu hanya kerana meminati tuan punya blog?

Kalau ada wujud, tak sangka minda cetek masih ada pada rakyat 1 Malaysia. Hanya semata-mata kerana minat, suka dan sebagainya pada seseorang, lain pula yang jadinya. Entah-entah ada yang sanggup berusaha nak dapatkan blogger tu.

Pada Naz, apa yang boleh disukai hanyalah tulisan seseorang blogger, cara penyampaian isinya dengan idea yang tersendiri dan bagaimana dia menghargai pembaca, stalker mahu pun pelawat blognya. Itu baru boleh disukai. Tapi itu bukan syarat untuk menyukai tuan punya blog. Tapi lagi kalau sudah jodoh, itu kuasa Yang Maha Esa. Boleh jemput para blogger Malaysia ke kenduri kahwin. Meriah suasana kenduri kahwin nanti, huhuhu...

Blog - Tempat untuk mendapatkan pujian mahu pun cacian.



Haha rasa macam tak boleh blah pulak slogan yang aku buat tu.
Baca Selanjutnya - I like the blog owner instead.