Peluang Kerjaya 2009

Mungkin korang masih ingat dulu aku ada plan nak merompak bank dan masih berusaha melakukan master piece itu. Entah bila kah gamaknya impian ini akan terlaksana. Biar apa pun kata orang ramai, aku rasa duit yang aku perolehi daripada rompakan tersebut mampu menampung permintaan kehidupan aku. Sudahlah dengan bos aku kedekut nak naikkan gaji lagi. Mungkin dia tidak menginginkan aku diambil kerja di sini. Mungkin. Siapa tahu.

Berbalik kepada kerjaya merompak bank, aku sudah membuka peluang kerjaya pada individu yang berminat atau rela mengendalikan master piece rompakan tersebut. Namun, office mate aku hanya seorang saja yang sudi iaitu si kura-kura hijau milik Izzah. Itupun dia tidak mahu membuat master piece rompakan tersebut. Terbukti di sini kami memang butuh duit. Bukan butuh seperti ayat kedah yang bermaksud loqlaq itu ye. Entah bila gamaknya ikan emas milik Fana ingin turut serta melakukan rancangan rapi peluang mendapatkan duit ini. Aku masih menanti kata putus daripadanya. Mungkin air takungan akuarium kediamannya agak hijau, maka dia agak sibuk kebelakangan ini untuk kaedah pernafasan terbaru bagi membantu menyerap oksigen yang lebih berganda daripada kebiasaan.

Tetapi sesuatu telah berlaku sejak beberapa minggu lepas dan semalam telah berulang. Mungkin aku tidak perlu untuk menjadi seorang master piece rompakan bank. Sebaliknya aku boleh menjadi si gadis penunda kenderaan. Terutamanya penduduk Malaysia yang meletakkan kenderaan mereka di mana saja seperti ini. Nombor plat motor ini terpaksa dirahsiakan. Nanti dia glamer lebih daripada aku kang, aku jugak yang jeles lebih nih. Haha.



Lepas aku tunda motor atau sebarang kenderaan tu, boleh lah aku ugut mereka jika mereka inginkan kenderaan mereka tu kan. Yeay pasti akan dapat duit. Mereka pasti mahukan kenderaan mereka itu semula. Tak macam aku yang takda kenderaan milik sendiri nih. Aku ada kenderaan yang dikongsi dengan orang lain ja. Contohnya bas awam.

Andainya menjadi seorang penunda kenderaan agak berisiko seperti rompakan bank jua, aku mempunyai satu lagi peluang iaitu menjadi seorang pengedar segala jenis VCD & CD. Tapi aku rasa, mungkin kategori CD berwarna ke-biru-an itu tidak akan ada dalam koleksi aku kerana aku tidak berminat untuk perkhidmatan pengedaran CD tersebut. Idea untuk penjualan CD ini muncul ketika terjadinya serbuan ke atas satu aset milik seseorang semalam. Terbongkarlah segala CD yang kelihatan. Aku boleh menjalankan perniagaan ini dengan 'halal' di dalam taman perumahan rumah sewa aku saja. Itupun sudah mencukupi daripada terpaksa lari daripada sebarang ancaman yang datang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Sudahlah JPJ Kulim giat melaksanakan tugas mereka di sini.



Sekian, ramalan peluang kerjaya 2009 yang mendatang beberapa hari lagi.


----------------
Now playing: Bittersweet - Burn Berlin Down
via FoxyTunes

5 comments:

  1. hahahaha..cik gold fish sekarang tgh sibuk...yela kan..nak jadi master bukan senang..tp okey gak...fana ngan izah backup kot belakang,tp yg p merompak tu cik nazra...hahaha..alangkah bestnya..pastu kita lari sama2 p ke pulau2 indah...hahaha...

    p/s:cam kenai ja aih moto tu ngan koleksi2 cd tue...

    ReplyDelete
  2. cehhhh kalau mcm tu, lebih baik xda partner, haha ^_^

    ReplyDelete
  3. cik nazra..turtle nak ikut tunda motor orang gak..kita demand cket duit org ni ini..huragh2x...evil fighter!!

    ReplyDelete
  4. ahah jual la. jual la.
    nanty atok jadik customer tetap keyh?
    hakhak. ;D

    ReplyDelete
  5. mari-mari semua join tp perkhidmatan ni akan berkuatkuasa tahun depan ^_^

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan