Aku tak pernah pun mengharapkan aku jadi mangsa keadaan yg sengaja dibuat-buat dan kemudian aku terpaksa menyelesaikan masalah tersebut di mana aku tidak terlibat sama sekali. Tapi semalam......
Bermulalah cerita pada semalam hari. Sedang aku asyik menonton cerita cheerleader dalam external hard disk housemate aku, tetiba SMS alert kat handset aku berbunyi. Seorang perempuan menanyakan aku soalan dengan nombor yang aku tak save dalam handset. Macam mana aku tau dia tu perempuan? Kerana soalannya adalah, awak ada couple dengan izwan? Ni izwan kejadah mana pulak. Aku memang ada lah jugak ramai kawan lelaki hinggakan saat tu minda memang ligat berfikir, izwan mana lah yang pompuan ni maksudkan gamaknya. Selain tu, masa tu aku dah agak jugak ni mesti kes cemburu, kes nak tau kebenaran dan yang sewaktu dengannya. Maka aku pun reply soalan dia dengan penuh kewarasan mengatakan bahawa aku memang ada kawan dengan seorang lelaki bernama izwan tetapi sudah terputus takda contact bermula hujung 2007 lepas. Pompuan ni tak puas hati dan masih bertanyakan soalan, aku jawab jugak walaupun dalam hati bengang jugak, aku tengah layan movie tetiba diganggu. Lama punya kami SMS dan aku pun nak pendekkan cerita, pompuan tu tanya aku sekarang ada kat mana. Bilanya dia tau aku ada kat Kulim, terus dia nak jumpa aku. Aku on saja sebab masa tu aku pikir, aku takda buat salah apapun. Takda aku rampas pakwe orang. Tunggu punya tunggu pompuan tu datang dengan 2orang member dia. Alhamdulillah pompuan tu masih orang Timur kerana tutur bahasa dia masih lembut. Pompuan tu tanya aku macam mana kenal dengan izwan ini. Aku cakap aku kenal di Friendster 2006 yang lepas. Terkejut pompuan ni pakwe dia tau main Friendster. Aku dah pelik, izwan yang aku kenal memang suka lepak Friendster. Kemudian aku terfikir nak tanya, asal mana izwan ni. Bila pompuan ni kata izwan tu asal orang Sedim Kulim, aku dah agak pelik. Aku kenal izwan Negeri Sembilan, orang TLDM lagi. Maka pecahlah lubang bahawa izwan yang aku kenal dan izwan pakwe pompuan ni adalah insan yang berbeza. Malah aku haram tak kenal dengan izwan Sedim Kulim ini. Yang membuat aku membara ialah dengan suka suki buta hatinya izwan Sedim Kulim ni mengaku yang dia dah lama kenal malah dah couple dengan aku. Masa tu memang banyak dosa hati aku buat. Entah berapa banyak aku caci dia pun aku tak tahu. Bengang gila bila aku dijadikan mangsa. Kalaulah aku boleh jumpa dengan mamat ni. Tapi akhirnya aku tak juga approach izwan ni dengan nombor telefon daripada pompuan tu. Aku pikir malas pula aku nak mencari hal. Aku cuma nak mencari rezeki halal ja di Kulim ni. Tapi aku harap sangat izwan ni akan terima nasib yang lebih dahsyat. Harap sangat dia terima apa-apa saja balasan. Benci aku.
Dan ini telah membuatkan aku menaip semua yang berlaku semalam di sini. Terasa semalam adalah hari yang paling panjang dalam hidup aku. Setan pulak asyik-asyik menambah bara kat hati aku untuk menyumpah izwan tu kerana mempergunakan nama Umi Nazrah dengan nombor telefon aku hanya kerana nak berpisah dengan pompuan dia.
Perkara ni jugak telah membuatkan entri aku kali ni panjang nak mampos. Aku bukannya malas nak taip jugak pun tapi sakit hati aku mengatasi segalanya. Wahai para lelaki, kalau nak berpisah tu, bagitaulah terus-terang. Tak payah melibatkan pompuan lain. Suka suki buta hati kau ja. Kau terlepas daripada bahaya, kau buat orang lain diperdaya. Setan betul.
ini bukan izwan pilus ya
ReplyDeletewah.. marah sungguh..
ReplyDeletetapi betul lah..
x kira pompuan ke lelaki
kena jujur..
baru benda tu setle aman..
jangan libatkan org lain..
cik yah - aku xlayan lah izwan pilus, haha (^_^)
ReplyDeletemaya - mmg sgt marah, maya. rasa bengang sgt (~_~)
oik. sabaq2.. haha. entry paling pjg dan telus. entry kali ni aku xtekena hehe. nway.. dasat gak gal tue. huuu
ReplyDelete