Selamat malam cinta

Cintaku,
selamat malam.
Maaf andai semalam atau malam-malam sebelumnya,
aku tidak mengendahkanmu.

Aku harap kamu tahu,
ketika itu
aku sedang berjuang dengan sedaya-upaya.

Betapa penatnya aku,
aku rasa kamu pasti pernah merasainya.
Usah berkata tidak.

Alangkah peritnya aku
ketika sedang dalam proses
untuk mengeluarkan sisa-sisa
makanan aku malam itu.

Betapa menyesalnya juga aku
kerana telah begitu banyak
mengambil sambal belacan.

Selamat malam cinta.
Malam ini perutku tidak meragam lagi.
Dan kamu kembali kpd Dota.
Pastinya itu normal,
malam ini.

2 comments:

  1. selamat pagi cinta?? erk...citer tue agak2 bes ke x ek?.hehe. eh tgh ckp pasal samat malam ke samat pagi.haha

    ReplyDelete
  2. ini slmt mlm lah :P
    slmt pagi tu laen :P

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan