Gaban yg malas

Korang masih ingat kat gaban? Jgn lupa. Gaban ni kartun zaman kaduk aku kecik-kecik remaja dulu, haha. Kalau lupa jgk, ini gambarnya.



Apa kaitan gaban dengan aku? Takda kaitan apa-apa. Malah keturunan aku pun takda sulur galur dgn gaban ini. Apa yg aku maksudkan di sini ialah aku telah menjadi gaban yg malas. Kamu pening? Usah pening-pening. Meh aku jelaskan dgn lebih lanjut. Aku kaitkan gaban dgn tajuk entri dan diri aku dari segi impak gaban itu. Bukan Impak Maksima. Itu sudah lain, lagi takda kaitan.

Oleh kerana gaban ini bagi aku mempunyai aura, kuasa yg besar, makanya aku mencantumkannya dgn tajuk entri iaitu 'yg malas'. Oleh yg sedemikian, terhasillah maksud tersirat, suatu keadaan malas yg impaknya sgt kuat pada diri aku sendiri.

Serius sekarang aku rasa sgt malas. Kadang-kadang rasa mcm nak kena pulau yg sunyi. Tapi pastu aku pikir balik, kalau pulau tu sunyi, parah jgk aku. Dibuatnya aku kena kacau. Lagi naya. Tapi kalau kena kacau dgn 'sesuatu' takpa lagi, kena kacau dgn orang, mesti lagi parah kan.

Jadi alang-alang, biarlah aku malaskan diri aku di tempat yg aku ada sekarang. Lagi selamat walafiat.

:cinonet_23:

2 comments:

  1. wah! entry yang baguih.. tahap gaban!
    makin meningkat naik... way to go!

    ReplyDelete
  2. haha, apa yg meningkat nih koi. gaban kah atau aku kah.. haha (~_~)

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan