Tag mengada ni

Haha, selepas penat senyum sengih gelak sorang-sorang kat hasil karya Serakah Marhaen mengenai ke'tag'ihannya dia, nampaknya ke'tag'ihan itu didapatkan pula kepada diri aku. Aku tidak berapa bijak untuk mengarang ayat-ayat menarik seperti Serakah Marhaen yg boleh saja aku sengih tiap kali ada posting baru, tapi aku juga tak ngada seksi mcm dia, haha.

Apapun, inilah soalan tag tersebut.

1. Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling Sexy.
2. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan..mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah sexy..sertakan!!!
3. Nyatakan kenapa gambar itu begitu sexy di mata anda?
4. Tag 5 rakan-rakan anda yang sexy
5. Selamat bersexy!!

Siapalah yg mewujudkan idea utk seksy mcm ini kan. Ngada betul, haha. Sampai aku pun rasa mcm aku dah jadi ngada-ngada jua.

:cinonet_27:

Aku rasa inilah gambar bagi aku sexy. Kalau korang rasa tak, aku peduli apa. Dah aku yg rasa kan, hehe.



Aku suka gambar ni sebab lip gloss aku kelihatan begitu wujud berkilauan lagi mcm ala-ala iklan Maybelline lagi. Dapatlah aku perasan sebentar yg aku ni ada gaya model lip gloss atau tak pun lipstick.





Yg ini pula aku rasa mcm aku sudah jd model tudung bunga-bunga kesukaan ramai orang yg sedang menikmati panorama indah di tepi jalan di dalam kereta compact berwarna brown.



Aku cuba cari gambar lain yg pose nya tak sama dgn 2pose di atas. Tapi malangnya semua pose ketika ambik gambar semuanya sama. Haha.

:cinonet_15:


Individu yg berkenaan ingin aku tag jua adalah

Pijah (insan ini suatu kemestian utk aku tag)
Maya (teringin sgt nih nk tengok rupa cik Maya)
Separa Normal (mcm mana lah keadaan dia ni time sexy eh)
Taqwa Tago (agak-agak org yg ngah bz study nih sudi tak eh)
X-tion Kamen (teringin sungguh nak tengok nih, hehe)

Tambahan, oleh kerana adik manis ini baru ja habis SPM dia, makanya aku dgn bangganya memberikan tag ini kpd dia. Wahai Atok, sila lah kamu buat jugak tag ni.

:cinonet_05:

12 comments:

  1. Hahahahaha...dik memang seksi especially yang pakai tudung bunga-bunga tu... Piuhhhhhhh..nasib baik tak kena..Kalau tak, jenuh nak posing sampai 5 posisi..ekekekeke..

    ReplyDelete
  2. sis tirana - nnti naz pass kan tag yg lebih mengancam lah kt sis tirana (^_^)

    kak rina - terima kasih (^_^)

    ReplyDelete
  3. nombor 1 ok... kalau letak kat fs, ms mesti banyak hit nak berkenalan

    ReplyDelete
  4. elelele kapten luffy, tu ikut kata survey ka (^_^)

    ReplyDelete
  5. aduh!!!!
    maya terkena..
    isk jenis TAG yang paling maya x suka...
    x per2... kali nie maya buat... tapi apa pun jawapan maya naz kena terima tau...
    kena carik idea nie.. silap buat kang memerangkap diri sendiri.. :P

    sape lah begitu 'pintar' membuat TAG yang begitu 'mencabar' ini...

    sungguh.. seperti ditujukan kepada wanita jer..

    boleh ke tag lelaki??

    ReplyDelete
  6. tak kira, anda yg trsenarai mesti buat, haha (^_^)

    ReplyDelete
  7. tongek nya...... kang nnti sume pengsan tgk aku seksi. adehhhhhhhhhhhhhhh. ke'tag'ihan

    ReplyDelete
  8. alamak atok xde kamera la waktu skang. nanty ade kamera atok bwat keyyyyyy. hakhak. hutang lor. ;D

    ReplyDelete
  9. pijah, aku rela. pasti punya. haha (^_^)

    atok, asalkan kamu jgn lupa, okay (^_^)

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan