Kalaulah...

Seperti mana iklan Celcom, kalaulah dapat pelbagai tawaran hadiah. Dan memang ya, ada pelbagai tawaran hadiah. Itu Celcom. Memanglah ada untuk memperkuatkan lagi diameter pelanggan post paid Blue Celcom tu.

Bagi aku pulak, kalaulah aku ada duit banyak, aku nak belajar banyak-banyak pasal computer ngan internet ni. Aku nak amek segala sijil-sijil yang berguna di dalam bidang tu. Rasa macam silap plak aku rasa aku amek course aku kat Uni dulu, haha.



Pastu kalaulah aku ada Doraemon, lagilah best. Mesti banyak lah sangat alat-alat keluar dari perut buncit dia tu. Kalau ada Cj7 lak, mesti aku terus lagi jadi ceria gila babas plak. Asyik dok gelak dengan perangai dia yang cute bengap tu ja.

Tapi aku ni masih mempunyai motivasi diri yang tinggi dalam hidup aku. Aku selalu nasihatkan diri sendiri, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Yang penting, aku mesti berusaha memajukan diri aku, mengutip segala pengalaman kerja untuk dijadikan panduan di masa depan yang mendatang. Pasti.


----------------
Now playing: Skudap Skudip - Mari BerdanSka
via FoxyTunes

7 comments:

  1. kalau aku bnyk duit, aku nk melancong ke angkasa lepas..

    ReplyDelete
  2. haha atok ade bela kucing.
    doremon la tuuuu.
    hekhek ;P

    ReplyDelete
  3. tss - angkasa lepas? bior benar

    atok - kucing lain, doramoen lain (^_^)

    ReplyDelete
  4. ayat yang last tu setuju.. :P



    yang kucing doremon tu semua.. tu fikiran budak2 blh lah... bila dah dewasa kena fikir mcm org dewasa... kena berusaha untuk dapat kan sesuatu...


    kena pijak pada bumi yang nyata.. :P

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan