mengulit memori bertahun yg lepas

Integriti berinovasi,
merintis teknologi terkini,
etika universiti
mendukung misi dan visi,
realisikan aspirasi,
dinamis berkualiti.
K.U.i.T.T.H.O
Gemilang akan dijulang...

Terasa macam terngiang-ngiang lagi lagu tema KUiTTHO yg aku nyanyikan di minggu pertama orientasi kat dlm Dewan Tun Ismail (DTI) tuh.
Haha, apa kejadah aku ingat kat KUiTTHO kan. Sedangkan sekarang riuh dicanangkan mengenai UTHM iaitu taraf Universiti yg telah diberikan kpd KUiTTHO. Tapi aku peduli apa. Student sekarang boleh la bangga mengaku budak UTHM. Aku dulu masuk ketika masih lagi KUiTTHO. Macam budak sedang merangkak ketika tu. Sedih la jugak mengenangkan frasarana KUiTTHO. Tapi itulah yg meninggalkan ingatan yg mendalam. Dengan Bandar Parit Raja yg godek-godek nak membangun jugak. Sebab tu aku rasa aku lebih mendalami semangat UTHM kerana aku masuk dulu di tahap Kolej Universiti. Perasan lah pulak kan. Padahal aku baru masuk tahun 2004. Yang senior-senior sebelum aku, mesti lagi dahsyat menapak kt Bandar Parit Raja sebelum tsunami kemajuan melanda Bandar Cowboy tersebut. Apapun aku bersyukur sgt dihanyutkan diri aku ni melanjutkan pengajian di KUiTTHO/UTHM. Di sana aku menemui diri, menemui teman-teman, menemui sebuah kehidupan yg tak mungkin akan dicari di tempat lain.



Umpama siang dan malam, perbezaan Kolej Universiti dan Universiti. Namun, teguhnya tetap sama. Pasaknya tetap ada.

6 comments:

  1. sampai la ni x pandai nyanyi lagu itm di hati ku.. masa orientasi dok main²..

    ReplyDelete
  2. tss - apalah, lagu uni sndiri pn tak ingat, hehe (~_~)

    alif mikail - koi, takda maknanya. bukn ada bf pn kt uni tu, haha (^_^)

    ReplyDelete
  3. haha. dah lupa gak lagu nieh. keh3x...

    ReplyDelete
  4. ceh penat2 ja ada org cipta :P

    ReplyDelete
  5. putri pun rindu kat kuittho..
    walaupun skrg dh berstatus uthm..
    n bekerja pun di uthm..ttp ingt kuittho..sbb kat cni le jumpe kwn2, knl ramai org yg mempengaruhi kehidupan skrg n kat cni gak knl ngn hubby..
    huhuhu..windu kuittho..
    even nyanyi lagu pun masih best kalo kuittho berbanding uthm..

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan